Wednesday, October 17, 2012

Browsing vs Searching

Boleh dikatakan secara umumnya kebanyakan pengguna internet global lebih gemar browsing apabila melayari internet. Browsing sebenarnya merujuk kepada melayari internet secara tidak teratur atau terancang melalui pelbagai cara seperti melalui katakunci enjin carian (search engine), iklan laman web, dan pautan katakunci dari laman sebelumnya.



Individu yang melakukan browsing lazimnya berbeza dengan yang melakukan searching. Jika searching (carian) lazimnya meletakkan matlamat jelas apa yang mahu dicapai, browsing pula adalah melakukan carian secara tidak formal dengan tidak metakkan matlamat spesifik kepada apa yang hendak dicapai. Lazimnya individu yang suka atau terdorong kepada aktiviti browsing, sering berakhir dengan melayari internet terlalu lama tanpa sebarang hasil capaian spesifik. 

Walau bagaimanapun, aktiviti browsing ini tidak selalunya buruk. Individu yang gemar browsing, lazimnya secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai informasi umum yang menjadikanya lebih fleksibel dan prihatin dengan pelbagai isu semasa. Bergantung kepada individu sama ada browsing atau searching, kedua-duanya boleh mengarah kepada kebaikan selagi individu itu terdidik dengan etika ketika melayari internet.

Saturday, October 13, 2012

Statistik pengguna Internet Malaysia 2011

Dengan pelbagai inisiatif yang ditawarkan kerajaan serta pelbagai pakej promosi oleh pembekal-pembekal internet, jumlah pengguna internet di Malaysia dilihat semaik meningkat saban tahun.



Statistik terkini yang diperoleh dari internetworldstats.com jumlah terkini pengguna internet di Malaysia adalah seramai 17,723,000 (sehingga 31 Disember 2011). Ini bermaksud 61.7 % rakyat Malaysia kini sudah memiliki akses kepada internet (daripada 28,728,607 jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2011). Daripada jumlah ini pula, 12,365,780 pengguna di Malaysia mempunyai akaun di Facebook (43% jumlah penduduk Malaysia)

MALAYSIA
MY - 28,728,607 population (2011) - Country Area: 329,758 sq km
Capital City: Kuala Lumpur - population 1,627,172 (2011)
17,723,000 Internet users as of Dec.31, 2011, 61.7% penetration, per ITU.
12,365,780 Facebook users on Mar 31/12, 43.0% penetration
Credits: http://www.internetworldstats.com

Friday, October 12, 2012

Pengenalan Laman

Mungkin ramai yang kurang jelas istilah Netizen yang digunakan di laman ini. Netizen, bukanlah suatu istilah baru baharu dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu). Netizen sebenarnya adalah gabungan dua istilah Inggeris iaitu Net (network atau internet) dan Citizen (bangsa atau warga). Jadi, istilah Netizen sebenarnya merujuk kepada pengguna-pengguna internet yang terdiri dari pelbagai budaya, bangsa, dan agama yang wujud secara maya (virtual) di alam siber (internet).

Credits: http://www.mickstevens.com


Mengikut Michael Hauben*, penulis buku Netizens: On the History and Impact of Usenet and the Internet (Perspectives), Netizen adalah:

"...people who care about Usenet and the bigger Net and work towards building the cooperative and collective nature which benefits the larger world."

"...people who work towards developing the Net."

Laman ini disediakan untuk berkongsi ilmu, pengalaman, pendapat, dan apa-apa yang difikirkan akan memanfaatkan Netizen semua dengan harapan kita mampu membentuk satu generasi Netizen yang selamat, beretika, dan saling bantu-membantu untuk menjaga kebajikan bersama.

* Catatan: Michael Hauben, Ronda Hauben, and Thomas Truscott (1997-04-27). Netizens: On the History and Impact of Usenet and the Internet (Perspectives). Wiley-IEEE Computer Society P.ISBN 0-8186-7706-6.